20 April 2010

Pasangan Pengacara Bintang SANDAKAN fm 2010 nanti...



DJ NY dan DJ KHAI bakal berganding untuk mengendalikan Konsert Peringkat Akhir Bintang SANDAKAN fm 2010 pada 24 April 2010 bertempat di Padang Bandaran Sandakan..

15 April 2010

Debaran lagi..

Peringkat Akhir
Bintang
SANDAKAN fm
2010

LELAKI

Adam Midin ~ NOKTAH CINTA
Abdul Hamid Arbin ~ BERLARI
Abdul Rahman Malik ~ BENGANG
Mohd Tazrin Amirudin ~ OH JUWITA
Ahmad Fadli Zulkarnain ~ BENCINTA
Suhaili Zenul ~ JANGAN BERSEDIH LAGI



PEREMPUAN

Irawati Domianus ~ CANTIK
Siti Jumira Nusur ~ BERTAMU DI KALBU
Nurul Farah Asyikin Kamal ~ BARANGKALI
Aminah Nasrun ~ ASMARA METROPOLITAN
Sarijawani Sandukong ~ KU PERCAYA ADA CINTA
Sharifah Hazlina Ag. Jaafar ~ MAHU INGIN BERCINTA


Saksikan kehebatan 12 orang peserta
Peringkat Akhir Bintang SANDAKAN fm 2010 !!


Masa : 7.00 malam
Tarikh : 24 APRIL 2010
Tempat : Padang Bandaran Sandakan


PASTI HEBAT !


08 March 2010

Debaran 18 Peserta Peringkat SEPARUH AKHIR ..

Bintang SANDAKAN fm 2010
Pasti HEBAT !


Giant Superstore Sandakan 20 Mac 2010


LELAKI

• BEN JAYSEN - RAIKAN CINTA

• RICHARD BALITANG - TERIMA KASIH CINTA

• SUHAILEI ZENUL - MEMORI CINTA LUKA

• MOHD TAZRIN AMIRUDIN - PENGHUJUNG RINDU

• ADAM MIDIN - CINTA DEWA DEWI

• M.SAID KASSIM - AKHIR RASA INI

• AHMAD FADLE ZULKARNAIN - NURANI

• ABDUL HAMID ARBIN - LAGU UNTUKMU

• MOHD RAHMAN MALIK - ZAKIAH ZAKIAH


PEREMPUAN

• MARTINA SAHAK - ANTARA DUA

• MURSHEILA THUMIS - BUNGA BUNGA CINTA

• SARIJAWANI SANDAKONG - LAGU PENGLIPURLARA

•NURUL FARAH ASIKIN - JANGAN KAU MIMPI

• SHARIFAH HAZLINA AWANG JAAFAR - COBALAH UNTUK SETIA

• ROZALIAH MOHAMMAD - GILA

• AMINAH NASRUN - JAMBATAN MANA

• SITI JUMIRA NUSUR - TANPA KEKASIHMU

• IRAWATI DOMIANUS - AKU STACY

06 February 2010

Semua Untukmu...

Selamat Hari Ulang Tahun kelahiran kepada Pengurus Penyiaran RTM Sandakan Encik Razali Haji Baba pada 6 Februari 2010 !!!

Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, bahagia bersama keluarga tersayang dan sukses dalam apa jua perkara yang dilakukan ... Semoga kita terus berusaha untuk menjadikan Radio Malaysia SANDAKAN fm terus maju ke hadapan...
InsyaAllah...

* Ikhlas daripada seluruh warga kerja RTM Sandakan..

02 February 2010

Berita baik untuk ANDA!!!


Bintang
SANDAKAN fm 2010
Pasti HEBAT !

kembali lagi ...


Sertai ujibakat di lokasi berikut :

Pekan Daerah Kecil Telupid - 13 Februari 2010
Dataran Kota Kinabatangan - 20 Februari 2010
Dewan Serbaguna Beluran - 27 Februari 2010
Wisma Persekutuan Sandakan - 6 & 7 Mac 2010

Peringkat Separuh Akhir : 20 MAC 2010
GIANT SUPERSTORE SANDAKAN

Peringkat Akhir : 24 APRIL 2010
DEWAN MASYARAKAT SANDAKAN

Lagu Wajib LELAKI

Farhana - Jinbara
Ada Untukmu - Nubhan
Yang Pernah - Estranged
Sampai Syurga - Faizal Tahir
Tak Bisa Memilihmu - Sixth Sense


Lagu Wajib WANITA

Kalis Rindu - Elyana
Hanya Di Mercu - Ayu
Mungkinkah - Sheila Abdul
Cinta Adam dan Hawa - Misha Omar
Tak Mungkin Kerana Sayang - Alyah


Jumpa anda disana!!!


Syarat-syarat penyertaan :

  1. Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Bintang Sandakan fm ( LIVE BAND ) anjuran Radio Malaysia Sandakan fm yang bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang nyanyian di daerah Sandakan .

  1. Terbuka kepada Warganegara Malaysia lelaki dan wanita dalam daerah Telupid , Beluran , Kinabatangan dan Sandakan yang berumur antara 16 hingga 30 tahun . kad pengenalan asal peserta mestilah dibawa dan ditunjukkan semasa menghadiri sessi pemilihan awal .

  1. Proses pemilihan awal pertandingan akan dibuat secara karaoke dan hanya pertandingan akhir sahaja akan dijalankan secara live band.

  1. Pihak Radio Malaysia Sandakan fm akan menyediakan senarai lagu Bahasa Melayu yang sesuai untuk dipilih oleh peserta semasa pemilihan awal diadakan dan peringkat akhir sekiranya terpilih ( Bukan berentak Heavy metal / rock / trash / rap / dangdut atau sebarang lagu yang bukan dikategorikan sebagai lagu pertandingan ).

  1. Peserta mestilah menyanyikan satu lagu pilihan sahaja secara solo .

  1. Pertandingan ini berkonsepkan 1 Malaysia.

  1. Peserta yang pernah muncul Johan dalam sebarang pertandingan nyanyian anjuran RTM atau telah bergelar artis rakaman atau pernah menghasilkan album samada secara solo atau berkumpulan atau terikat dengan mana-mana syarikat rakaman , tidak dibenarkan menyertai pertandingan ini

  1. Pihak Radio Malaysia Sandakan fm tidak akan menanggung sebarang kos perbelanjaan menyertai pertandingan ini dan tidak bertanggungjawab diatas segala kesulitan , keselamatan diri serta harta benda peserta .

  1. Peserta mestilah mematuhi etika dan adap sopan semasa menyertai pertandingan ini dan kegagalan semasa mematuhi segala syarat yang terkandung dalam pertandingan ini boleh disingkirkan dengan serta merta.

  1. Pihak Radio Malaysia Sandakan fm boleh menambah sebarang peraturan lain yang tidak terkandung dalam syarat penyertaan ini dan berhak menyiarkan rakaman pemilihan atau pertandingan ini tanpa sebarang tuntutan .

  1. Keputusan pertandingan adalah muktamad.Sebarang bantahan secara lisan atau bertulis tidak akan dilayan.

  1. Borang penyertaan boleh diperolehi di Kaunter Pejabat Sandakan fm,Tingkat 6 , Wisma Persekutuan Sandakan dan di pusat pemilihan awal .



Selamat Berjaya !!


15 January 2010

Makan Malam sempena Ujibakat Rentak Juara 2010 pada 9 Januari 2010


Setelah selesai kami Warga Kerja RTM Sandakan dan Warga Kerja Angkasapuri Kuala Lumpur bergambar bersama YB Datuk Hj Samsudin Yahya merangkap EXCO Penerangan Bahagian Sandakan / ADUN Sekong.


Sambil menjamu selera, YB Datuk Hj Samsudin Yahya berkongsi pengalaman beliau sepanjang penglibatan dalam kerjayanya...

13 January 2010

Konsert Gempak Bersamamu 2009 sempena Ambang Tahun Baharu 2010 bertempat di Dataran Majlis Perbandaran Sandakan

Datuk V.K Liew sempat mengadakan lawatan kerja ke RTM Sandakan..
Bergambar bersama Pengurus Stesen Radio Sandakan fm Encik Razali Haji Baba.

Ahli Parlimen P 186 Sandakan Datuk V.K Liew bersama barisan VIP membuat pukulan gendang beramai-ramai secara serentak untuk menantikan detik tahun baharu..



Pasangan pengacara pada malam konsert Dj As & Dj Khai..





Barisan artis-artis tempatan Sandakan yang membuat persembahan dengan pelbagai jenis lagu
yang memukau para penonton.. Mantap!!




Masyarakat Sandakan terdiri dari pelbagai agama dan bangsa membanjiri dataran
pada malam itu.. Sungguh meriah sekali!!





Semua kumpulan kebudayaan bersatu menarikan tarian Satu Malaysia
yang penuh warna warni dengan pelbagai jenis tarian ditarikan..
Inilah konsep 1 Malaysia yang kami bawakan pada malam
Konsert Gempak Bersamamu 2009!!




Kumpulan Bollywood Sandakan juga turut memberikan persembahan
yang menggegarkan dengan tarian bollywood yang ditarikan..
Hebat!!



Tidak kurang hebatnya Kumpulan Sandakan Performing Arts Group
juga memberikan pelbagai jenis tarian pada malam itu..
Satu Malaysia lah katakan!!




Kumpulan Etika Tari berjaya memukau penonton dengan tarian "Lolay" yang dipersembahkan pada malam itu .. Hebat dan bertenaga!!




Penerbit bersama Dj NY juga sentiasa memberi komitmen dengan
menghasilkan perjalanan konsert yang berkualiti!!
Syabas!!




Pengacara pada malam itu Dj Asnita berehat bersama suami tersayang
Saziri yang hebat menghasilkan rakaman video yang berkualiti !!
Bukan alang-alang itu.. !!




Salah satu persatuan yang terlibat untuk membuat persembahan
Gendang Cina melibatkan 17 Gendang secara serentak!!
Mantap lah!!!






Geng berbaju HITAM nih.. Antara yang terlibat dibelakang pentas
bagi
memastikan konsert berjalan dengan lancar..
Dari kiri: Siti, Sarina, Dj Mirna dan Roziana ( Rock pula yea...hehe)

10 November 2009

Majlis Perpisahan bersama Timbalan Pengarah Rancangan Radio RTM Kawasan Sabah, Tuan Haji Hashim Jaffrey pada 10 November 2009

Seluruh warga kerja RTM SANDAKAN bergambar bersama
Tuan Hj Hashim Jaffrey
Timbalan Pengarah Rancangan Radio RTM Kawasan SABAH

Cenderamata ikhlas daripada kami warga kerja RTM Sandakan
yang disampaikan oleh Pengawal Penyiaran En. Razali Haji Baba

Cenderamata yang diberikan tidaklah setimpal dengan jasa yang diberikan
oleh Tuan Haji Hashim Jaffrey...

Semasa memberikan khidmat nasihat kepada seluruh warga kerja RTM Sandakan.

Beliau juga sempat berkongsi pengalaman selama berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 36 tahun 9 bulan

(tempoh perkhidmatan 1 Februari 1973 - 25 November 2009)

Jasamu Tuan Haji Hashim Jaffrey akan kami kenang sampai bila-bila...

03 November 2009

Majlis Bersama MEDIA anjuran Jabatan Penerangan Sandakan pada 29 Oktober 2009 bertempat di salah sebuah Restoran Makanan Laut terkenal di Sandakan


Sebelum makan sempat lagi bergambar yea..
Dari kiri : Saziri, Dj As, Dj Nurkisa, Dj NY dan
Dj Salleh dengan urusan negaranya yang masih belum selesai...

Tahniah juga kepada DJ Nurkisa yang telah mendapat
Anugerah Wanita ANGGUN pada malam itu
Segalanya Pasti...


Tidak ketinggalan Dj Rubiah dan Nizam juga turut sama menghadirkan diri..
Tiada dalam gambar( En Razali Haji Baba:Pengawal Penyiaran,
Dj JiLL, Dj Didy, Dj Khai )