06 February 2010

Semua Untukmu...

Selamat Hari Ulang Tahun kelahiran kepada Pengurus Penyiaran RTM Sandakan Encik Razali Haji Baba pada 6 Februari 2010 !!!

Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, bahagia bersama keluarga tersayang dan sukses dalam apa jua perkara yang dilakukan ... Semoga kita terus berusaha untuk menjadikan Radio Malaysia SANDAKAN fm terus maju ke hadapan...
InsyaAllah...

* Ikhlas daripada seluruh warga kerja RTM Sandakan..

02 February 2010

Berita baik untuk ANDA!!!


Bintang
SANDAKAN fm 2010
Pasti HEBAT !

kembali lagi ...


Sertai ujibakat di lokasi berikut :

Pekan Daerah Kecil Telupid - 13 Februari 2010
Dataran Kota Kinabatangan - 20 Februari 2010
Dewan Serbaguna Beluran - 27 Februari 2010
Wisma Persekutuan Sandakan - 6 & 7 Mac 2010

Peringkat Separuh Akhir : 20 MAC 2010
GIANT SUPERSTORE SANDAKAN

Peringkat Akhir : 24 APRIL 2010
DEWAN MASYARAKAT SANDAKAN

Lagu Wajib LELAKI

Farhana - Jinbara
Ada Untukmu - Nubhan
Yang Pernah - Estranged
Sampai Syurga - Faizal Tahir
Tak Bisa Memilihmu - Sixth Sense


Lagu Wajib WANITA

Kalis Rindu - Elyana
Hanya Di Mercu - Ayu
Mungkinkah - Sheila Abdul
Cinta Adam dan Hawa - Misha Omar
Tak Mungkin Kerana Sayang - Alyah


Jumpa anda disana!!!


Syarat-syarat penyertaan :

  1. Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Bintang Sandakan fm ( LIVE BAND ) anjuran Radio Malaysia Sandakan fm yang bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang nyanyian di daerah Sandakan .

  1. Terbuka kepada Warganegara Malaysia lelaki dan wanita dalam daerah Telupid , Beluran , Kinabatangan dan Sandakan yang berumur antara 16 hingga 30 tahun . kad pengenalan asal peserta mestilah dibawa dan ditunjukkan semasa menghadiri sessi pemilihan awal .

  1. Proses pemilihan awal pertandingan akan dibuat secara karaoke dan hanya pertandingan akhir sahaja akan dijalankan secara live band.

  1. Pihak Radio Malaysia Sandakan fm akan menyediakan senarai lagu Bahasa Melayu yang sesuai untuk dipilih oleh peserta semasa pemilihan awal diadakan dan peringkat akhir sekiranya terpilih ( Bukan berentak Heavy metal / rock / trash / rap / dangdut atau sebarang lagu yang bukan dikategorikan sebagai lagu pertandingan ).

  1. Peserta mestilah menyanyikan satu lagu pilihan sahaja secara solo .

  1. Pertandingan ini berkonsepkan 1 Malaysia.

  1. Peserta yang pernah muncul Johan dalam sebarang pertandingan nyanyian anjuran RTM atau telah bergelar artis rakaman atau pernah menghasilkan album samada secara solo atau berkumpulan atau terikat dengan mana-mana syarikat rakaman , tidak dibenarkan menyertai pertandingan ini

  1. Pihak Radio Malaysia Sandakan fm tidak akan menanggung sebarang kos perbelanjaan menyertai pertandingan ini dan tidak bertanggungjawab diatas segala kesulitan , keselamatan diri serta harta benda peserta .

  1. Peserta mestilah mematuhi etika dan adap sopan semasa menyertai pertandingan ini dan kegagalan semasa mematuhi segala syarat yang terkandung dalam pertandingan ini boleh disingkirkan dengan serta merta.

  1. Pihak Radio Malaysia Sandakan fm boleh menambah sebarang peraturan lain yang tidak terkandung dalam syarat penyertaan ini dan berhak menyiarkan rakaman pemilihan atau pertandingan ini tanpa sebarang tuntutan .

  1. Keputusan pertandingan adalah muktamad.Sebarang bantahan secara lisan atau bertulis tidak akan dilayan.

  1. Borang penyertaan boleh diperolehi di Kaunter Pejabat Sandakan fm,Tingkat 6 , Wisma Persekutuan Sandakan dan di pusat pemilihan awal .



Selamat Berjaya !!